Grab Insurans E-Hailing 2024

Pandu Dengan Grab Tanpa Rasa Bimbang

Dengan gembira kami ingin memaklumkan pelancaran Insurans E-hailing Grab yang terkini sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk meringankan beban rakan pemandu kami. Produk inovatif ini memberikan perlindungan sepenuhnya kepada anda pada setiap masa semasa anda dalam talian dan memandu dengan Grab.

Bahagian 1: Apakah Insurans E-hailing Harian Grab?

Dengan kerjasama bersama syarikat insurans terpilih, Grab dengan bangga akan mempersembahkan produk insurans yang baru, yang fleksibel dan inovatif, direka khas untuk memenuhi keperluan rakan pemandu yang menjadikan Grab sebagai sumber pendapatan tambahan mereka.

Dengan produk ini:

  • Anda hanya perlu membayar insurans semasa anda berada dalam talian SAHAJA. Perlindungan ini kekal aktif untuk 24 jam.
  • Insurans e-hailing akan memberikan perlindungan kepada anda semasa anda sedang memandu dengan Grab pada masa tersebut.
  • Anda hanya perlu memilih untuk menyertai Insurans E-hailing Grab melalui aplikasi pemandu.
  • Anda tidak perlu mengambil langganan insurans e-hailing tahunan.

 

Bahagian 2: Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Insurans E-hailing Harian Grab?

Langkah 1: Pilih untuk menyertai Insurans E-hailing Grab pada bulan Julai dengan mengaktifkan pilihan “Opt-in” melalui aplikasi pemandu.

*Peringatan: Kami akan memberi maklumat tentang cara untuk memilih “Opt-in” melalui aplikasi pemandu. Untuk sementara, pastikan insurans motor anda tersenarai di dalam panel insurans Grab. Sila lihat Bahagian 3 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

 

 

*Peringatan: Jika pembekal Insurans Motor anda tidak menyediakan perlindungan untuk e-hailing, anda tidak akan dibenarkan memandu untuk Grab bermula 12 Julai 2019.

 

Langkah 2: Bayar Insurans E-hailing Grab

 

 

  • Penolakan premium hanya akan berlaku apabila anda mula berada dalam talian untuk menerima tempahan pengangkutan.
  • Premium harian akan ditarik dari baki dompet tunai atau dompet kredit anda, bergantung kepada baki dompet pemandu anda.
  • Penarikan akan dilakukan terlebih dahulu dari baki dompet tunai jika mencukupi untuk membayar kos premium harian.
  • Jika baki dompet tunai tidak mencukupi, penarikan akan dilakukan dari dompet kredit.

 

 

 

Senario A: Insurans harian akan diaktifkan selepas penarikan premium harian. Setiap penarikan akan memberikan perlindungan kepada anda selama 24 jam.

Contoh: Selepas penarikan premium, anda akan dilindungi sepanjang masa dalam tempoh 24 jam, sama ada anda dalam talian atau tidak. Jika anda mula berada dalam talian pada pukul 8 pagi pada 12 Julai 2019, anda akan dilindungi sehingga pukul 8 pagi pada 13 Julai 2019.

Senario B: Anda tidak akan dikenakan bayaran insurans untuk hari-hari anda tidak berada dalam talian.

 

Bahagian 3: Harga, Maklumat Perlindungan dan Tuntutan untuk Insurans E-hailing Harian Grab

Maklumat Perlindungan

Maklumat perlindungan untuk setiap pembekal adalah berbeza. Sila rujuk di bawah untuk maklumat lanjut.

Tuntutan

Anda hanya boleh membuat tuntutan jika terlibat dalam kemalangan semasa sedang melengkapkan tempahan Grab atau semasa status anda untuk menerima tempahan aktif*.
*Rakan-pemandu perlu berada dalam talian dan bersedia menerima tempahan dengan mengekalkan baki minimum (RM10) dalam dompet kredit mereka sepanjang masa.

Untuk membuat tuntutan, sila hubungi pembekal insurans anda.

Maklumat Penting:

Kerajaan Malaysia telah meningkatkan cukai perkhidmatan dari 6% kepada 8% mulai 1 Mac 2024. Oleh itu, pembekal insurans telah menyesuaikan premium/caruman untuk Insurans E-hailing Harian Grab anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top