Lesen PSV 2025
Syarat Pendaftaran & Dokumen Diperlukan
Lesen Public Service Vehicle (PSV) adalah keperluan wajib bagi semua pemandu e-hailing di Malaysia untuk memastikan piawaian keselamatan dan kualiti.
Syarat Utama Pendaftaran
- Umur Minimum Pemohon mestilah berumur 21 tahun ke atas.
- Lesen Memandu Memiliki lesen memandu penuh (D) yang sah. Lesen percubaan (P) tidak diterima.
- Kewarganegaraan Warganegara Malaysia dengan MyKad Biru.
- Rekod Trafik Bersih Tidak mempunyai rekod saman trafik yang tertunggak atau kesalahan serius.
- Pemeriksaan Kesihatan Menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik panel yang diiktiraf.
- Latihan & Kursus PSV Melengkapkan kursus teori PSV selama 6 jam di pusat latihan yang diiktiraf.
- Ujian PSV Bergantung kepada keperluan, anda mungkin perlu menduduki ujian teori PSV.
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut adalah dokumen yang perlu anda serahkan semasa masuk:
Gambar Saiz Passport
(Latar Belakang Putih)Salinan Kad Pengenalan
(MyKad Biru)Salinan Lesen Memandu
(Kelas D Penuh)Borang JPJL8A
(Disahkan oleh Doktor)Resit Rasmi Klinik
(Bukti Bayaran)