Lesen PSV 2025

Lesen Public Service Vehicle (PSV) adalah keperluan wajib bagi semua pemandu e-hailing di Malaysia untuk memastikan piawaian keselamatan dan kualiti.

Syarat Utama Pendaftaran

  • Umur Minimum Pemohon mestilah berumur 21 tahun ke atas.
  • Lesen Memandu Memiliki lesen memandu penuh (D) yang sah. Lesen percubaan (P) tidak diterima.
  • Kewarganegaraan Warganegara Malaysia dengan MyKad Biru.
  • Rekod Trafik Bersih Tidak mempunyai rekod saman trafik yang tertunggak atau kesalahan serius.
  • Pemeriksaan Kesihatan Menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik panel yang diiktiraf.
  • Latihan & Kursus PSV Melengkapkan kursus teori PSV selama 6 jam di pusat latihan yang diiktiraf.
  • Ujian PSV Bergantung kepada keperluan, anda mungkin perlu menduduki ujian teori PSV.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang perlu anda serahkan semasa masuk:

Gambar Saiz Passport
(Latar Belakang Putih)
Salinan Kad Pengenalan
(MyKad Biru)
Salinan Lesen Memandu
(Kelas D Penuh)
Borang JPJL8A
(Disahkan oleh Doktor)
Resit Rasmi Klinik
(Bukti Bayaran)
Scroll to Top