E-Hailing Vehicle Permit (EVP) - Grab Driver

E-Hailing Vehicle Permit (EVP)

Sign up online je, santai saja.

Apa Itu EVP?

EVP adalah permit rasmi yang diperlukan untuk setiap kenderaan yang digunakan dalam perkhidmatan e-hailing. Ia memastikan kenderaan tersebut memenuhi standard keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan membuktikan bahawa pemandu beroperasi secara sah.

Keperluan Untuk Memohon EVP

  • Pendaftaran PSV (Public Service Vehicle):
    • Pemandu perlu memiliki lesen PSV yang sah.
    • Umur minimum untuk memohon PSV adalah 21 tahun.
    • Menghadiri kursus teori PSV selama 6 jam di pusat latihan yang diiktiraf.
  • Kenderaan Yang Mematuhi Syarat:
    • Kenderaan tidak melebihi usia 15 tahun dari tarikh pembuatan.
    • Insurans kenderaan mesti merangkumi liputan untuk kegunaan e-hailing.
  • Dokumen Sokongan:
    • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu.
    • Salinan sijil pemilikan kenderaan (VOC).
    • Bukti alamat terkini, seperti bil utiliti.

Aliran Proses

EVP APPLICATION
PROCESSING IN 5
WORKING DAYS
APPROVED REJECTED

Selepas dokumen berjaya disahkan, permohonan EVP yang layak akan diproses dalam sistem APAD oleh Grab, dan ia akan mengambil masa lebih kurang 5 hari bekerja untuk diluluskan.

Proses Pemohonan EVP Terperinci

1. Pendaftaran

Mengisi Borang dan Penyerahan.

2. Latihan

Mendapatkan lesen PSV & Menjalani Latihan Platform.

3. Pengesahan

Penyemakan dokumen untuk ketepatan maklumat.

4. Proses Luar Talian

Permohonan EVP & Semakan latar belakang.

5. Pengaktifan Akaun

Pengisytiharan kenderaan untuk perkhidmatan E-Hailing di JPJ.

Grab Hub Shah Alam

Borang Daftar Grab Driver Malaysia

Apa Kata Pelanggan Tentang Perkhidmatan Kami

Scroll to Top