Panduan MyPuspakom
Langkah Mudah Pendaftaran & Pemeriksaan Kenderaan E-Hailing
Apa Itu Pemeriksaan PUSPAKOM untuk E-Hailing?
Pemeriksaan Puspakom adalah syarat wajib yang ditetapkan oleh JPJ untuk memastikan kenderaan e-hailing memenuhi piawaian keselamatan dan peraturan jalan raya. Proses ini merangkumi pemeriksaan menyeluruh seperti:
- Pemeriksaan struktur kenderaan.
- Pengesahan nombor enjin dan casis.
- Ujian emisi untuk mengawal pencemaran udara.
- Pemeriksaan brek, tayar, dan sistem keselamatan lain.
Nota: Hasil pemeriksaan ini diperlukan untuk mendapatkan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).
Bahagian 1: Pendaftaran Akaun
Langkah 1 & 2
Mula Pendaftaran
- Klik pada 'Daftar Masuk Kali Pertama'.
- Pilih Jenis Akaun: Perdagangan / Lain-Lain.
- Pilih Kategori: Enterprise.
Langkah 3
Maklumat Pemilik
- Nama Syarikat ➔ Nama Pemilik
- No. Pendaftaran ➔ No. IC Pemilik
- Lengkapkan alamat penuh.
Langkah 4
Muat Naik Dokumen
- Muat naik Perakuan Pendaftaran.
- Muat naik Surat Wakil Kuasa.
Tunggu emel pengesahan.
Bahagian 2: Tempahan Janji Temu
Langkah 5
Butiran Kenderaan
- Log masuk & klik 'Temujanji Baru'.
- Kategori: Commercial
- Jenis: Light
- Kegunaan: Persendirian e-Hailing
Langkah 6 & 7
Pilih Lokasi & Masa
- Pilih Pemeriksaan: Berkala Pertama e-Hailing.
- Pilih Negeri, Tarikh & Pusat Pemeriksaan.
- Pilih Slot Masa (Hijau).
Langkah 8 & 9
Butiran Pembawa
- Isi maklumat pembawa kenderaan.
- Pilih: Wakil atau Pemilik.
- Sahkan butiran janji temu.
Wajib bawa Geran Asal (Original).
Langkah Terakhir: Pembayaran
Ringkasan & Kaedah Bayaran
Ringkasan Caj
Harga Pemeriksaan:
RM 70.00
Caj Proses & Cukai:
RM 7.70
Total: RM 77.70Cara Bayaran
- Kad Kredit / Debit
- FPX (Online Banking)
Cetak/Simpan Slip Temujanji.