Syarat Kelayakan Rider GrabFood

Untuk mendaftar sebagai rider GrabFood melalui Grab Hub Shah Alam, pastikan anda memenuhi semua syarat kelayakan di bawah. Ini adalah garis panduan rasmi yang wajib dipatuhi sebelum akaun GrabFood Rider boleh diaktifkan.

1. Umur Minimum

Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh permohonan.

2. Lesen Memandu / Motorsikal

  • Mempunyai lesen memandu Moto (B2/B Full) yang sah.
  • Lesen percubaan atau tamat tempoh tidak diterima.

3. Kenderaan

  • Motorsikal mestilah dalam keadaan baik dan selamat untuk operasi.
  • Motorsikal berusia tidak lebih dari 10 tahun digalakkan.
  • Motorsikal mesti mempunyai insurans aktif (termasuk e-hailing jika diminta).

4. Kewarganegaraan

Terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap (MyPR) sahaja.

5. Telefon Pintar

Pemohon perlu memiliki telefon pintar dengan sambungan internet stabil untuk mengakses aplikasi Grab Driver.

6. Kesihatan & Fizikal

Rider mestilah sihat secara fizikal dan mental untuk memastikan keselamatan semasa penghantaran.

7. Akaun Bank

Mempunyai akaun bank aktif atas nama sendiri untuk pembayaran komisen GrabFood.

Dokumen GrabFood - Grab Hub Shah Alam

Dokumen Diperlukan untuk GrabFood

Profil Foto

Contoh Profil Foto

Kad Pengenalan (MyKad)

Contoh MyKad

Lesen Memandu P atau Penuh

Contoh Lesen PSV

Roadtax

Contoh Roadtax
Scroll to Top